Utama

Zikrizain ialah pengasas kepada FOTOSAYANG iaitu sebuah label persendirian servis fotografi perkahwinan dan majlis rasmi. Beliau juga dikenali dengan nama pena HEROGEMOK di dalam dunia fotografi dan kenalan terdekat. Beliau mula berkecimpung dalam rekacipta grafik sejak di bangku sekolah sekitar tahun 2003 dan mula serius dalam dunia fotografi sejak tahun 2008. Sejak menglibatkan diri dalam bidang ini beliau banyak menerima tugasan dan tempahan untuk menyediakan ‘banner’ dan ‘bunting’ untuk acara-acara rasmi seperti majlis makan malam, hari terbuka, hari sukan, hari keluarga dan sebagainya. Beliau sentiasa berusaha untuk memperbaiki kemahiran dan keupayaan beliau dalam menghasilkan foto-foto berkualiti dan cantik sepertimana yang dingini oleh setiap pelanggannya. Beliau seorang yang profesional dalam setiap urusan selain ketelitian yang amat dititikberatkan dalam setiap foto dan olahan grafik yang beliau hasilkan. Beliau adalah seorang jurugambar berpengalaman.

*Kami berpusat di Kuantan dan sedia menerima tempahan dari seluruh Malaysia.

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment